Friday, 10 May 2013

WANITA TERISTIMEWA

Salam Ukhwah wahai pembaca sekalian!

Pembaca yang dirahmati Allah, saya baru dikejutkan dengan berita seorang adik yang masih bersekolah dikesan sedang hamil hasil hubungan dia dengan teman lelakinya..Astaghfirullah..Semoga ujian ini membuka hatinya untuk berubah ke arah kebaikan..Aminn..

Bukan saya ceritakan ini untuk membuka keaibannya,,tetapi untuk menyampaikan secebis ilmu buat pedoman bersama-sama..Anda yang membaca ini mungkin wanita,,mungkin juga lelaki..Harapan saya cuma satu,bantulah untuk pelihara maruah ibu,adik perempuan,kakak,sepupu dan rakan-rakan perempuan sekeliling anda...

Senang je..Anda tak payah baca tulisan blog yg meleret-leret ni..Nanti bosan kan..Sila klik link you tube yang telah saya letak di bawah..Saya yakin 100% anda akan rasa satu keindahan dan semestinya mendapat semangat baru untuk terus berjuang mempertahankan maruah wanita Islam...


Terimalah petikan dari you tube "BUATMU WANITA":




Wahai sang kumbang singgahlah di hati bungadengan membimbingnya ke arah yang diredhai..
Wahai bunga nan mekar,,akan tiba masanya engkau dimiliki seekor kumbang yang bisa memelihara engkau sebaik-baiknya dalam peliharaan halal..Jangan dikejar sesuatu yang tidak pasti..



Thursday, 18 April 2013

MiNum BERDIRI?¿?

Bismillah..
Assalamualaikum bakal2 penghuni Jannah,InsyaAllah...

Baru je minum milo & asam jawa...sedappp..Alhamdulillah

Pernah tak anda terfikir apa hukum minum berdiri?Pernah?Kita sama!

Ya,memang terdapat hadis yg melarang kita daripada minum berdiri..Namun begitu,bukanlah haram hukumnya kerana Rasulullah S.A.W pun pernah dilihat minum berdiri tau!

Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri( riwayat muslim).

Jadi, MENGAPA BAGINDA MENEGAH KITA MINUM BERDIRI?

Di antara sebab dilarang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Habis tu, mengapa baginda minum AIR ZAM-ZAM berdiri??

Menurut kajian pakar,air zam-zam mngandungi fluorida yg memiliki daya efektif membunuh kuman serta mengandungi kalsium dan garam magnesium yg tinggi berbanding air biasa,dari segi saintifik air zam2 bersifat alkali,jadi air zam2 boleh meneutralkan asid hidroklorik yg terhasil dalam perut mengurangkan pedih ulu hati..Jadi dah tau kenapa Rasulullah buat begitu?Bagus!Alhamdulillah!






Thursday, 11 April 2013

Tepati waktu! Solat + Kerja + Sekolah

Assalamualaikum.. Kaifa halukum? Apa khabar ? Ni men hao ma? How are you? Dah solat ke?? Harap anda yg belum solat berhenti sekejap baca entri ni.. Nanti sambung ye.. Tq =)

Waktu.. Masa.. Bernilai.. 
"Masa itu Emas!"

 

Dengar ye!

Cuba anda ikuti beberapa situasi berikut :

  1. Seorang pelajar mendesak ibunya untuk memandu dengan lebih laju agar dia segera sampai ke sekolah pada waktu yg ditetapkan.. Dia sangat khuatir ditahan pengawas dan didenda guru disiplin.Dia gelisah,,hati mula berdebar
  2. Seorang pekerja terlewat 10 minit masuk waktu pejabat..Dia memasuki ruang pejabat dalam keadaan menyelinap agar tidak disedari majikannya..Dia risau dimarah dan berasa malu untuk berhadapan dgn rakan2 sekerja yg lain..
  3. Seorang hamba Allah sedang leka melayan drama Korea.. Pada ketika itu,azan Isyak berkumandang,,dia ingin bangun berwuduk tetapi terasa malas dan berhasrat utk terus menonton drama sehingga tamat barulah bergerak utk solat..Dia berada dalam keadaan santai dan sangat tenang..
Nampak tak perbezaan di situ?? Manusia lebih takut kepada majikan atau orang2 yg mempunyai jawatan tinggi BERBANDING takut kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG! Astaghfirullah..

Kemarahan orang kita nampak tetapi kemurkaan Allah bagaimana??

Jadi, cuba untuk ubah diri ke arah kebaikan ya kawan-kawan.. 

"You change your attitude, you are change your life"

Jaga dan tepati waktu solat,sekolah & kerja kita...Disiplin penting dalam membentuk peribadi Ummah!

Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Empat golongan yang mampu menguruskan masa:
  • Orang yang beriman
  • orang yang mengerjakan amal soleh
  • Menasihati orang supaya ikut kebenaran
  • Menasihati orang supaya tetap sabar 


Tuesday, 9 April 2013

Sanah Helwa Aina Nabihah!

Al-yaum 9/4/2013..Alhamdulillah..Genaplah usia sahabat sy yg comel+garang- Cik Aina Nabihah 18 tahun...Da boleh panggil mak cik da ni..hehe

HAPPY BIRTHDAY!! SELAMAT HARI LAHIR!!  生日快乐!!

Lama gak fikir nak mencari hadiah special untuk awak..Sampai saat ni tak tercari-cari,,sehinggalah idea gila-gila ni tercetus..A special birthday wish in blog..(faham-faham la Aina,,kte kan suka buat benda lain daripada lain)

Sepanjang enam tahun perkenalan ni,, segala onak,,ombak,,ribut,,petir,,tsunami dan macam2 lagi kita dah harungi bersama-sama.. Jatuh,,bangun semua kita rasa..Satu perkataan simple yang kita boleh gambarkan awak : TERBAIK

"Ya Allah,,di saat ini aku hanya mampu menadah tangan memohon kepadamu,,peliharalah kesejahteraan kami dua sahabat Ya Rabbi:

DOA SELAMAT
Doa selamat 
 
Amin Ya Rabbal 'Alamin..


Aina-Bertudung putih =)


Semoga awak happy sentiasa di samping keluarga yg tersayang.. Uhibbuki Fillah Ya Ukhti! Bila boleh jumpa eak?? Nak bagi hadiah face to face la..Awak cakap nak kereta kan hari tu?InsyaAllah kita usahakan ;)
Hehe..Ok la,,sampai di sini sahaja coretan sy untuk hari ini..

Kita tinggalkan awak dgn sebuah lagu,,sudi-sudilah dengar ye mak cik!

Monday, 8 April 2013

Sunnah! Simple!

Allah humma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi sayyidina Muhammad...

Sebelum teruskan pembacaan,dengar lagu ni dulu http://www.youtube.com/watch?v=8PJrWZYSmes

Da dengar??Thank you ^^

I want to share about sunnah! Dalam menongkah arus globalisasi moden ini(cewah,mcm esei la!),,kita sebagai manusia ni sering alpa dan lalai..Sampai suruhan Allah yang wajib pun diabaikan..Lagi la pulak sunnah junjungan kita Rasulullah S.A.W..

Pesan sy amalkan..Jgn abaikan..Dpt pahala! Buktinya :

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun
Did U noticed that sunnah really HYPER SIMPLE?? Berikut adalah antara sunnah2 simple yg sy harap sgt2 anda amalkan dan kekalkan:

  • Mulakan setiap gerak,,langkah & perkara dengan Bismillah
  • Memulakan sesuatu yg baik dengan anggota kanan ( contoh: masuk kereta dgn kaki kanan,,walaupun anda duduk di tempat pemandu,,agak kekok,,tapi itu yg terbaik!)
  • Istighfar (Astagfirullah al-'azim,tahniah! anda da buat!)
  • Senyum
Susah ke? Sambil baca ni anda boleh buat keempat-empat perkara tu tau! Cuba buat sekarang.. Simple sangat!

#pesanan buat rakan2..Jangan biarkan Sunnah itu membeku dek sejuknya hati kamu mengikut nafsu

Sunday, 7 April 2013

ISU ~ In Shaa Allah VS InsyaAllah

Alhamdulillah...Dapat bersua lagi..Sgt teruja utk bernukilan ni!

Baru2 ni di FACEBOOK hangat & sensasi dengan isu ejaan perkataan Insya-Allah (Jika diizinkan Allah)..Ramai rakan-rakan di facebook tidak terkecuali sy,,like dan share gambar atau status yg berkaitan dengan kesalahan ejaan 'InsyaAllah'..


InsyaAllah/InshaAllah/In Shaa Allah




Baiklah..Berikut sy kongsikan artikel daripada salah satu blog yg telah sy kunjungi :

Soalan :

Tersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ?



Jawapan :

Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat

Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah . Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini.

Wallahua'lam 
http://1.bp.blogspot.com/_v8kRDFjaIvE/S7y3lB36VXI/AAAAAAAAAZw/QAb8X2FL1s4/s1600/2315262576_deba3e628f.jpg
Tanda Tanya Bermain di Minda????
Di dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis : (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah

Dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah

(pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi)

Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah.

SO??? Alhamdulillah,,praise to Allah kerana memudahkan kesulitan ni..Smile =) Jom dengar lagu Maher Zain! http://www.youtube.com/watch?v=KfXIF2Mm2Kc

heeee~

Thursday, 4 April 2013

NAFSU (Kisah Penciptaan Nafsu)

Assalamualaikum.. ^^

Sedang duduk leka melayan FACEBOOK,,tiba2 ingatan ni malayang dan tertumpu pd sebuah kisah yg pernah diceritakan oleh ustaz sy,,Ustaz Abdul Razali (semoga Allah merahmatimu)..Tentang nafsu..Yup..Penciptaan nafsu...

Terus story je la ea..

Allah telah mencipta nafsu dan memerintahkan nafsu supaya tunduk mengaku bahawa Allah adalah Tuhan yg berkuasa atas dirinya..

Nafsu dengan bongkak menjawab: Tidak! Akulah Tuhan kepada diriku... Aku berkuasa atas diriku!

Allah sangat murka dan mencampakkan nafsu ke dalam neraka yg paling panas,,supaya sedar akan keangkuhannya..Setelah beberapa tempoh,,Allah keluarkan nafsu daripada seksaan tersebut..

Namun,nafsu masih angkuh dan tidak mengaku bahawa Allah berkuasa atas dirinya..

Allah campakkan pula nafsu ke dalam neraka yg paling sejuk...Sehinggakan nafsu pucat,,lesu,,tidak bermaya...Berlalu beberapa tempoh,,Allah keluarkan nafsu daripada neraka tersebut..

Lalu nafsu berkata : Akulah yg berkuasa ke atas diriku! Akulah raja yang menguasai segala tingkah!

Allah S.W.T murka lantas membiarkan nafsu..Tanpa mempedulikan apa yang berlaku kepada nafsu..Tidak memberi nafsu minuman apatah lagi makanan..Nafsu terpaksa berlapar..Semakin hari semakin lemah...Dan akhirnya.....

Nafsu berkata: Ya Allah,,aku terlalu angkuh,aku merasakan diriku ini terlalu hebat..Sedangkan apabila tidak dapat makanan dan minuman diriku menjadi lemah longlai... Aku mengaku Engkaulah pencipta yang berkuasa ke atas diriku Ya Allah..

Tengok Ipin..Tak dapat kawal nafsu bila dpt ayam..Ish2..

Popular Posts