Thursday 11 April 2013

Tepati waktu! Solat + Kerja + Sekolah

Assalamualaikum.. Kaifa halukum? Apa khabar ? Ni men hao ma? How are you? Dah solat ke?? Harap anda yg belum solat berhenti sekejap baca entri ni.. Nanti sambung ye.. Tq =)

Waktu.. Masa.. Bernilai.. 
"Masa itu Emas!"

 

Dengar ye!

Cuba anda ikuti beberapa situasi berikut :

  1. Seorang pelajar mendesak ibunya untuk memandu dengan lebih laju agar dia segera sampai ke sekolah pada waktu yg ditetapkan.. Dia sangat khuatir ditahan pengawas dan didenda guru disiplin.Dia gelisah,,hati mula berdebar
  2. Seorang pekerja terlewat 10 minit masuk waktu pejabat..Dia memasuki ruang pejabat dalam keadaan menyelinap agar tidak disedari majikannya..Dia risau dimarah dan berasa malu untuk berhadapan dgn rakan2 sekerja yg lain..
  3. Seorang hamba Allah sedang leka melayan drama Korea.. Pada ketika itu,azan Isyak berkumandang,,dia ingin bangun berwuduk tetapi terasa malas dan berhasrat utk terus menonton drama sehingga tamat barulah bergerak utk solat..Dia berada dalam keadaan santai dan sangat tenang..
Nampak tak perbezaan di situ?? Manusia lebih takut kepada majikan atau orang2 yg mempunyai jawatan tinggi BERBANDING takut kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG! Astaghfirullah..

Kemarahan orang kita nampak tetapi kemurkaan Allah bagaimana??

Jadi, cuba untuk ubah diri ke arah kebaikan ya kawan-kawan.. 

"You change your attitude, you are change your life"

Jaga dan tepati waktu solat,sekolah & kerja kita...Disiplin penting dalam membentuk peribadi Ummah!

Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Empat golongan yang mampu menguruskan masa:
  • Orang yang beriman
  • orang yang mengerjakan amal soleh
  • Menasihati orang supaya ikut kebenaran
  • Menasihati orang supaya tetap sabar 


No comments:

Post a Comment

Popular Posts