Thursday 18 April 2013

MiNum BERDIRI?¿?

Bismillah..
Assalamualaikum bakal2 penghuni Jannah,InsyaAllah...

Baru je minum milo & asam jawa...sedappp..Alhamdulillah

Pernah tak anda terfikir apa hukum minum berdiri?Pernah?Kita sama!

Ya,memang terdapat hadis yg melarang kita daripada minum berdiri..Namun begitu,bukanlah haram hukumnya kerana Rasulullah S.A.W pun pernah dilihat minum berdiri tau!

Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri( riwayat muslim).

Jadi, MENGAPA BAGINDA MENEGAH KITA MINUM BERDIRI?

Di antara sebab dilarang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Habis tu, mengapa baginda minum AIR ZAM-ZAM berdiri??

Menurut kajian pakar,air zam-zam mngandungi fluorida yg memiliki daya efektif membunuh kuman serta mengandungi kalsium dan garam magnesium yg tinggi berbanding air biasa,dari segi saintifik air zam2 bersifat alkali,jadi air zam2 boleh meneutralkan asid hidroklorik yg terhasil dalam perut mengurangkan pedih ulu hati..Jadi dah tau kenapa Rasulullah buat begitu?Bagus!Alhamdulillah!






No comments:

Post a Comment

Popular Posts