Thursday 4 April 2013

NAFSU (Kisah Penciptaan Nafsu)

Assalamualaikum.. ^^

Sedang duduk leka melayan FACEBOOK,,tiba2 ingatan ni malayang dan tertumpu pd sebuah kisah yg pernah diceritakan oleh ustaz sy,,Ustaz Abdul Razali (semoga Allah merahmatimu)..Tentang nafsu..Yup..Penciptaan nafsu...

Terus story je la ea..

Allah telah mencipta nafsu dan memerintahkan nafsu supaya tunduk mengaku bahawa Allah adalah Tuhan yg berkuasa atas dirinya..

Nafsu dengan bongkak menjawab: Tidak! Akulah Tuhan kepada diriku... Aku berkuasa atas diriku!

Allah sangat murka dan mencampakkan nafsu ke dalam neraka yg paling panas,,supaya sedar akan keangkuhannya..Setelah beberapa tempoh,,Allah keluarkan nafsu daripada seksaan tersebut..

Namun,nafsu masih angkuh dan tidak mengaku bahawa Allah berkuasa atas dirinya..

Allah campakkan pula nafsu ke dalam neraka yg paling sejuk...Sehinggakan nafsu pucat,,lesu,,tidak bermaya...Berlalu beberapa tempoh,,Allah keluarkan nafsu daripada neraka tersebut..

Lalu nafsu berkata : Akulah yg berkuasa ke atas diriku! Akulah raja yang menguasai segala tingkah!

Allah S.W.T murka lantas membiarkan nafsu..Tanpa mempedulikan apa yang berlaku kepada nafsu..Tidak memberi nafsu minuman apatah lagi makanan..Nafsu terpaksa berlapar..Semakin hari semakin lemah...Dan akhirnya.....

Nafsu berkata: Ya Allah,,aku terlalu angkuh,aku merasakan diriku ini terlalu hebat..Sedangkan apabila tidak dapat makanan dan minuman diriku menjadi lemah longlai... Aku mengaku Engkaulah pencipta yang berkuasa ke atas diriku Ya Allah..

Tengok Ipin..Tak dapat kawal nafsu bila dpt ayam..Ish2..

Lesson of The Story : Kawal nafsu anda dengan berpuasa..InsyaAllah..Anda dapat mengawal nafsu,,bukan nafsu mengawal anda =)


DALAM HADIS JABIR,sekumpulan sahabat pulang dari satu peperangan, lalu Nabi SAW bersabda: Kamu pulang dari jihad kecil kepada jihad yg lebih besar, iaitu :

Mujahadah seseorang hamba terhadap nafsunya.
 Jom sucikan hati,,dengan doa taubat!
 http://www.youtube.com/watch?v=Hc0bl-bzLmA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts