Sunday 7 April 2013

ISU ~ In Shaa Allah VS InsyaAllah

Alhamdulillah...Dapat bersua lagi..Sgt teruja utk bernukilan ni!

Baru2 ni di FACEBOOK hangat & sensasi dengan isu ejaan perkataan Insya-Allah (Jika diizinkan Allah)..Ramai rakan-rakan di facebook tidak terkecuali sy,,like dan share gambar atau status yg berkaitan dengan kesalahan ejaan 'InsyaAllah'..


InsyaAllah/InshaAllah/In Shaa Allah




Baiklah..Berikut sy kongsikan artikel daripada salah satu blog yg telah sy kunjungi :

Soalan :

Tersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ?



Jawapan :

Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat

Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah . Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini.

Wallahua'lam 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgox6bLuxqEXise2GpPVHlrKh2aUuNA5ShHtFBZTBxIIlY7mE2reIwlz5eULV5z3ig3ijRmr2O2FrGTedejym9bdbdiYXt0hQr-zO62CZ_Xrbpxsxy00PZQ9YwO7fKK1hFdQir654DxIzg/s1600/2315262576_deba3e628f.jpg
Tanda Tanya Bermain di Minda????
Di dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis : (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah

Dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah

(pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi)

Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah.

SO??? Alhamdulillah,,praise to Allah kerana memudahkan kesulitan ni..Smile =) Jom dengar lagu Maher Zain! http://www.youtube.com/watch?v=KfXIF2Mm2Kc

heeee~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts